Assalamualaikum.
Apa khabar pembaca-pembaca yang comel? Semoga ceria-ceria selalu sebab saya akan selalu menceriakan hari-hari anda. Itupun kalau sudi baca blog nilah, heeeeeeee :D
Sebenarnya saya baru je habis praktikal ni. Itulah pasal ada masa nak update blog ni ha. Insya-Allah kalau free, saya akan tulis pengalaman sepanjang bergelar sebagai guru pelatih. Tunggu tau! (^_^) ❤
Memandangkan cuti ni teramatlah panjang. Enam bulan tu. Sehari ada 24 jam. Seminggu ada 7 hari. Sebulan ada 4 minggu. Maka, saya rasa saya perlu plan awal-awal apa benda nak kena buat sepanjang cuti ni. Kat sini saya nak share sikit dengan anda semua. Kalau ada idea best, silalah beri cadangan okeh! Thanks everybody :))
Mulakan Hari Seawal 6 Pagi
Solat di Awal Waktu
Anywhere. Anytime. Please be on time!
Satu Hari Satu Mathurat
Kemas Rumah
Main Masak-Masak ;)
Buat Muffin!
Baca Al-Quran
Satu hari lima ayat (Hafal surah Al-Mulk) Satu minggu satu Yaasin (Setiap malam jumaat)
Satu Minggu Satu Hadith
Hafal satu Hadith dalam masa seminggu
Satu Minggu Satu Blog Post
Best tak yang ni? Hehe :D
Masuk Tidur Pukul 11 Malam
No comments:
Post a Comment