Selamat Datang 2012!

Assalamualaikum.

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2011. Sekejap je dah nak habis tahun 2011, kan? Cepat betul masa berlalu. 

Azam tahun baru, nak baiki segala kekurangan diri. Nak gapai impian yang tidak tercapai pada tahun 2011.

Antara doa dan harapan saya:

1. Dapat 4 flat di semester terakhir
- Insya-Allah, saya akan mulakan latihan praktikum pada 4 Januari ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya sepanjang mengajar di sekolah. Mudah-mudahan dapat A, ameen.

2. Dapat kerja selepas tamat belajar
- Lepas habis belajar, saya nak cari duit poket sementara tunggu tawaran belajar. Nak kumpul duit buat perbelanjaan di IPTA nanti. Sambil tu, dapat tambah pengalaman. Lagi banyak perkara kita buat, lagi banyak pengalaman yang kita dapat. The more we give, the more we get. Betul tak?

3. Dapat tawaran belajar di IPTA
- Saya berharap sangat dapat sambung degree lepas habis diploma. Insya-Allah, bulan Januari ni nak apply upu. Semoga Allah murahkan rezeki dan beri peluang untuk saya menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi lagi. Doakan saya!

4. Belajar memasak
- Saya akui, saya memang tak berapa pandai masak. Masak yang simple-simple bolehlah. Lama-lama jemu jugak kalau asyik makan makanan yang sama je, dok? Jadi, tahun 2012 ni la masanya untuk saya bangkit untuk menjadi seorang Masterchef di hati keluarga. Insya-Allah :)

5. Dikurniakan kesihatan yang baik
- Sakit itu kifarah daripada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu serta kurniakan kesihatan yang baik buat saya. Amin.

6. Ingin menjadi wanita yang diredhai Allah
- Sebagai manusia biasa, saya tak dapat lari daripada membuat kesilapan. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku. Tetapkanlah imanku. Berikanlahku kekuatan dalam meniti hidupku. Redhailah seluruh kehidupanku. 

Ya Allah, makbulkanlah segala permintaan hamba-Mu ini. Ameen.

Assalamualaikum Dunia!

Selamat datang, para pembaca yang manis.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih buat anda yang sudi baca blog saya yang tak seberapa ni. Malam ni memang lebih hangat daripada biasa sebab ini kali pertama saya tulis blog Diari Cikgu Comel ni. Harap anda sukakannya :)


♥ TWEET TWEET