Hadiah Hari Guru Pertama

Assalamualaikum.

Adik saudara saya datang rumah, dia bawak hadiah yang super duper comel ni :)


Comel, kan? Adik saudara saya cakap, hadiah ni dia yang pilih sendiri. Dia bagi hadiah kat sape-sape yang pernah jadi cikgu je. Dia bagi saya, ayah dia dan mama dia. Hati saya bagai nak menangis dah masa tu. Kenapalah adik saudara saya tu manis sangat? 

Kalau dapat sambung belajar, saya nak hias meja belajar dengan hadiah yang comel sangat-sangat ni. Mesti berbunga-bunga hati nak belajar nanti, kan? :))

Tadi saya dapat panggilan dari UM. Kena faks keputusan final exam esok. Harap urusan saya dipermudahkan Allah. Berdoa dan terus berdoa.

28 Mei 2012,
-Cikgu Comel-

Solusi Secara Comel

Assalamualaikum.

Anda suka kanak-kanak? Kalau benar, teruskan membaca sebab entri ini memang ditulis khas untuk anda. 

Kanak-kanak memang comel, tapi kadang-kadang kerenah mereka menguji iman di dada. Pandai-pandailah tawan hati mereka supaya mereka jadi orang yang mudah mendengar kata. 

Oleh sebab saya selalu luangkan masa dengan kanak-kanak comel, banyak pengalaman yang saya dapat. Jom baca ni.

# Kes 1


Masalah kanak-kanak suka berkasar. Kalau jumpa budak yang suka pukul dan cubit orang dewasa, saya nasihatkan tolong jangan balas balik. Ibarat nak padamkan api, kita tak boleh guna api untuk padamkan api. Kenalah guna air, pasir dan sebagainya. Nak ubah tabiat mereka ni kena guna cara yang lembut. Kena main psiko sikit. Saya pernah berdepan dengan situasi camni. Masa tu saya buat tak peduli dengan dia sampai dia fikir, kenapa saya tak hiraukan dia? Inilah detik-detik berharga yang boleh saya manfaatkan untuk bagi nasihat. Alhamdulillah, cara ni berkesan. Sesuai bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.

# Kes 2


Budak-budak  yang suka main sembur air liur kelihatan agak comel, tapi mereka sangat menakutkan. Mereka ibarat anak naga comel yang sedang bereksperimentasi dengan diri sendiri. Sebelum semburan air liur bertukar jadi api, baik lakukan sesuatu. Saya pernah jumpa budak yang suka main sembur air liur camni. Masa tu spontan saya dapat idea nak hentikan kenakalan budak tu. Saya cakap saya nak telefon orang yang dia tak suka. Nak suruh dia datang ambil si kenit tu. Memang kelakar sebab saya main hentam speaking Tamil. Lagak macam terer habis, padahal entah papelah yang saya cakap masa tu. Gelak sakan si kenit tu. Tapi dia tak berani dah nak buat lagi. Takut punya pasal. Tak susah pun nak guna cara ni. Yang penting kena tahu apa yang dia tak suka. 

# Kes 3



Masa LI dulu, saya pernah sembang dengan kawan-kawan. Kongsi pengalaman masing-masing. Saya suka cara kawan saya handle murid-murid. Bila anak murid dia malas nak buat kerja, dia cakap apa tau. "Biarkan dia tak nak buat kerja. Biarkan dia. Nanti bila dah besar semua orang jadi doktor, jadi engineer, bawak kapal terbang. Dia seorang je tak ada kerja." Kelam kabut semua orang siapkan kerja. Suatu taktik yang bagus, tapi kena pelbagaikan. Budak-budak kan cepat bosan. Hati-hati tau. Jangan cakap, "Kalau malas belajar, nanti jadi tukang sapu." Silap haribulan budak-budak pergi cerita kat tukang sapu kat sekolah. Jawablah dengan tukang sapu nanti. Heeee :D

# Kes 4


Saya tertarik dengan seorang mama comel yang sangat kreatif. Mama comel ni reka suatu cerita tentang Ibu Helang. Cerita ni sangat menarik sampai anak dia akan berhenti buat apa yang kita tak suka kalau sebut nama Ibu Helang. Begini al-kisahnya. Ibu Helang datang ambil Boboi (bukan nama sebenar). Ibu Helang babai kat mama. Boboi pun babai kat mama. Lepas tu, Ibu Helang terbang. Makin lama, makin tinggi. Mama nampak Ibu Helang makin kecik. Boboi pun makin kecik. Babai Boboi. Boboi tak dapat tidur dengan mama. Tak dapat minum susu dengan mama. Babai Boboi. Hehe :D Bagus sangat. Kalau dia buat nakal, cakap je nak panggil Ibu Helang. Selesai masalah. Senang, kan?

Best tak solusi-solusi ni? Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh kita gunakan untuk atasi masalah perlakuan anak-anak. Insya-Allah, nanti saya kongsikan lagi. Pesanan saya, jangan terlalu cepat menghukum. Jadilah ibubapa yang kreatif! 

Salam sayang.

22 Mei 2012,
-Cikgu Comel-

Cikgu Comel Ke Sekolah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya tertunai sudah janji-janji manis saya untuk tulis pengalaman semasa latihan praktikum di prasekolah yang terchenta. Inilah pengalaman pertama saya bergelar guru sebenarnya. Berdebar-debar ada, teruja pun ada. Bercampur baur. Pengalaman saya ni taklah banyak sangat, sebab dua bulan je LI. Kebetulan awal tahun 2012 ni banyak sangat cuti umum. Cuti sakanlah, kan? Hehe. 

Hari pertama, saya datang awal sangat. Pukul 7.00 pagi dah sampai. Semangat nak catat rekod punch card tak pernah merah! Masa balik pulak kantoi, sebab tak tahu masa balik untuk semua cikgu pukul berapa. Ingatkan dah boleh balik pukul 1.00 petang. Rupanya lepas 1.35 petang baru boleh punch card. Sesedap rasa ikut firasat sendiri, kan? Lepas tu, timbul lagi satu isu gara-gara tak reti nak guna mesin punch card. Haru-biru hari pertama saya tu. Itu cerita pasal punch card. 

Kalau dengan budak-budak, saya agak kekok jugaklah. Mula-mula tak pandai tinggikan suara. Suara tu pulak dah la halus sangat, susah nak dengar. Saya jugak terlalu berlembut sangat dengan diorang. Setiap kali cakap, mesti ada perkataan "Ya" kat belakang. Rasa macam nak tampar-tampar mulut ni pun ada, heeee :D  Nak bagi name tag pun, boleh pergi kat tempat duduk budak-budak. Patut boleh panggil sorang-sorang ke depan je. Apalah saya ni, kan? Tapi takpelah, belajar dari kesilapan :)

Hari-hari seterusnya, bertambah baik. Lama-lama saya dah biasa dengan kerjaya sebagai seorang guru. Seronok, hari-hari jumpa budak-budak. Anak didik saya ada 25 orang semuanya. Ada yang jenis manja, suka peluk-peluk saya. Ada yang jenis suka sembang. Seronok jugak melayan diorang lepas habis kelas.  Seronok tiap-tiap hari cuba bentuk akhlak budak-budak tu. Nak jadikan diorang insan yang soleh dan solehah. Nak jadikan diorang bijak dalam ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Yang seronoknya, sebelum mula kelas kami baca Al-Fatihah, baca  ayat bismillahillazi.............., bertasbih, bertahmid, bertahlil & baca doa sebelum belajar. Seronok bila mulakan hari dengan pengisian rohani ni. Rasa tenang dan bersemangat nak mulakan hari tau.


Pada minggu terakhir, lecturer datang observe. Pening jugak nak fikir apa nak diajar. Bila difikir-fikir, bercerita paling budak-budak suka. Saya cerita pasal Goldilocks and The Three Bears. Alhamdulillah, budak-budak seronok sangat, boleh bagi kerjasama dengan baik. Mereka gelak tak hengat, padahal saya rasa saya tak buat lawak pun, hehe. Cuma kesilapan saya hari tu, saya tulis simbol "&". Sepatutnya ditulis "and". Lagi satu, saya boleh tukar tajuk dan nama watak ke dalam BM sebab saya cerita dalam BM. Komen supervisor saya, suara tak cukup kuat. Masa tu saya struggle jugaklah sebab tengah tak sihat gara-gara selesema. Tapi saya dah cuba yang terbaik. Terpulang pada supervisor nak bagi gred apa :) Kesal jugak terlupa nak beli hadiah untuk supervisor. Belanja air & kuih je. Alahai. Sorry ye sir :'(

Goldilocks and The Three Bears


Pendek kata, pengalaman pertama mengajar saya tu adalah satu kenangan yang amat berharga. Saya amat berterima kasih kepada guru pembimbing saya yang banyak bagi guide kat saya. Terima kasih buat lecturer saya. Terima kasih jugak buat keluarga saya yang banyak membantu saya sepanjang LI. Paling saya tak boleh lupakan, keluarga bapa saudara yang amat baik hati izinkan saya menginap di sini. Saya percaya semua yang baik yang saya dapat datang dari Allah. Alhamdulillah.

Memandangkan permohonan saya ke UM sedang dipertimbangkan, rasa bersemangat pulak nak buat tips untuk LI. Kalau dapat, insya-Allah kena buat LI kali kedua. Senang sikit kalau dah ada panduan :) 

Tips Persediaan sebelum memulakan latihan praktikum:

1. Pastikan dokumen penting lengkap.
Sediakan segala dokumen yang diperlukan sepanjang latihan praktikum. Ini termasuklah surat kebenaran mengajar, surat lapor diri, buku log, panduan latihan praktikum dan sebagainya. 

2. Sediakan bahan bantu mengajar.
Sebaik-baiknya kalau ada masa lapang, gunakan masa untuk buat bahan bantu mengajar supaya tak kelam kabut nanti. Serius, masa dah mula latihan praktikum nanti memang tak menang tangan. Nak tulis buku log lagi, nak tulis rancangan pengajaran harian lagi. Itu belum masuk nak tulis tesis lagi. Banyak kerja, ok. Makanya, sediakan payung sebelum hujan. Kalau tak tahu nak buat macam mana, boleh godek-godek internet. Pastikan bahan bantu mengajar tu ikut silibus yang sesuai.  

3. Sediakan fail berkulit keras.
Jangan lupa beli fail berkulit keras untuk letakkan rancangan pengajaran harian dan bahan bantu mengajar. Guru prasekolah tak dapat buku rancangan perancangan harian yang macam guru aliran perdana. Jadi, fail berkulit keras ni amat membantu. Insya-Allah.

4. Sediakan pendinding diri.
Bila bersama dengan kanak-kanak, kita lebih berisiko  untuk dapat selesema. Murid-murid kena selesema, cikgu pun berjangkit sekali. Saya dah dua kali dapat selesema. Masa tu banyak cuti umum. Jadi, cuti lama sikit. Bila cuti, baiklah selesema. Buka sekolah, dapat selesema balik. Sebab tu kena makan Vitamin C setiap hari. Insya-Allah, kebal sistem imunisasi badan tu.

5. Cipta aura seorang guru dalam diri.
Bersiap sedia untuk jadi seorang cikgu yang terbaeeeek! Rajin-rajinlah hafal lagu kanak-kanak, reka cerita-cerita menarik dan . Buat satu peraturan khas untuk mengawal kelakuan murid-murid secara kreatif. Jadi, tak perlulah guna kekerasan dalam mendidik. Murid-murid seronok datang sekolah, kita pun happy :)

18 Mei 2012,
-Cikgu Comel-

Panggilan Temuduga UM

Assalamualaikum.


Hari Isnin, kakak saya telefon.


"Cikgu Comel, Cikgu Comel dapat UM!!!"


Hah! Biar betul? Rasa macam tak percaya dapat panggilan temuduga UM.


"Kos apa, kakak? Mesti bukan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kan?"


"Eh, taklah. Kos yang Cikgu Comel mintak tu lah."


"Yeke? Alhamdulillah..."


Masa tu memang rasa macam nak menangis. Syukur sangat dapat panggilan temuduga UM. UM adalah impian saya dari dulu lagi. Lagipun, saya hanya nak sambung kos yang saya ambil masa diploma. Pilihan yang ada cuma UM dan UPSI. Bila dapat UM, memang satu rahmat. Alhamdulillah.


Nak dapatkan mood temuduga :)





11 Mei 2012,

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba.

Semua calon ditempatkan di Auditorium Fakulti Pendidikan. Macam biasalah, ambil kehadiran. Lepas tu, empat orang calon pertama dipanggil ke bilik temuduga. Saya termasuk dalam senarai empat orang calon pertama tu! Gulp! 

Temuduga dijalankan di blok lain, tapi tak jauh dari auditorium tu. Masa menunggu di luar bilik temuduga tu, memang nebes sangat. Saya cuba hilangkan nebes dengan berborak dengan calon-calon yang lain. Walaupun jantung berdetak begitu kencang, suara masih terkawal. Tiada nada tersekat-sekat, alhamdulillah. Mak saudara saya suruh baca Ayat Seribu Dinar & Surah Al-Fiil. Alamak, tak hafal ayat tu. Saya hanya baca Ayat Kursi dan Surah Al-Fiil. Tawakkaltu A'la Allah.

Lebih kurang pukul 8.50 pagi, calon pertama dipanggil. Lepas tu, kedua, ketiga dan akhir sekali nama saya dipanggil. Bismillahirrahmanirrahim.

Takut  (-_-)'

Pertama sekali, penemuduga mintak fail. Lepas tu suruh duduk & perkenalkan diri. Saya bagitahu nama, belajar di mana, ambil kos apa. Penemuduga tu semak nama saya dalam senarai calon temuduga dulu, lepas tu belek-belek fail. Beliau ada tanya yang ni pilihan pertama ke? Saya rasa kalau pilihan pertama memang cerah peluang nak lulus, sebab itu memang minat kita yang sebenar. Soalan lain, tentang diploma yang diambil. Kos pengajian pun ditanya. Nasib baik tau, heeeee :D

Lepas tu, penemuduga mintak saya perkenalkan diri termasuk latar belakang keluarga, minat, hobi, kegiatan kokurikulum. Whatever, cakap je. Saya pun cakap jelah  segala yang benar tentang diri saya. Semua yang related dengan kos yang saya mintak ni. Alhamdulillah, boleh cakap dengan lancar sampai penemuduga tanya soalan lain.

Soalan seterusnya, tentang aktiviti kokurikulum masa sekolah. In English please.........

Akhir sekali, ada mock teaching. Nasib baik boleh ajar apa sahaja yang kita suka. Secara spontan terkeluar idea nak ajar tentang jari. Nyanyi lagu yang murid-murid saya suka masa praktikal. Sesungguhnya, saya amat terhutang budi kat supervisor saya yang memperkenalkan lagu ni. Terima kasih, cikgu :)

Alhamdulillah, selesai sudah hari yang mendebarkan tu. Terasa pertolongan Allah begitu banyak. Rasa macam mudah segala prosesnya.  Syukur, alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga buat ayahanda dan bonda yang sentiasa mendoakan serta memberikan sokongan dari segi kewangan dan kerohanian. Terima kasih banyak kakak saya yang sentiasa bersama saya di saat suka dan duka. Terima kasih buat keluarga bapa saudara yang menumpangkan saya di sini serta ibu-ibu saudara yang memberi tips dan sokongan moral buat saya. Tak lupa sekali, rakan-rakan yang membantu saya dalam proses temuduga ni. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan pahala yang berganda. Amin.

16 Mei 2012,
-Cikgu Comel -
♥ TWEET TWEET