Hadiah daripada Tuhan


Assalamualaikum.

Sebelum ni orang bertanya pada saya, "Belajar di mana? Ambil kos apa?" Bila dijawab, pasti orang akan kata, "Ooohhh nanti jadi cikgu la ye?" 

Saya mengiakan sahaja.


Entahlah.

Kadang-kadang saya rasa jadi cikgu di sekolah bukan apa yang saya mahukan. Mungkin saya tak suka terikat dengan peraturan sekolah. Saya tak suka bebanan kerja yang banyak. Saya tak suka terlibat dengan aktiviti kokurikulum sampai lewat petang. Pendek kata, kesibukan ummi bekerja membuat saya berfikir untuk jadi seorang surirumah.


Maka sebab itulah Allah tak memilih saya untuk menyambung Pendidikan Awal Kanak-Kanak ke peringkat yang lebih tinggi. Pada mulanya memang kecewa. Tapi saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin bidang Pembangunan Manusia lebih baik untuk saya. Lebih menepati minat saya. Apapun, syukur alhamdulillah. Impian untuk menjejakkan kaki ke IPTA tercapai juga. Doakan saya lulus cemerlang, ye!

Walau apa pun yang terjadi, semua ini tak menghalang saya untuk terus menjadi seorang pendidik. Saya tetap jadi seorang cikgu, tapi cikgu di rumah. Cikgu di rumah orang lain, tak kira di mana-mana sahaja. Asalkan dapat mendidik kanak-kanak untuk jadi seorang manusia yang berguna. Insya-Allah.

2 comments:

♥ TWEET TWEET