Konvo Ini Hadiah Sepotong Mimpi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Segala penat lelah selama dua tahun lapan bulan rasa terbayar juga hari ni.

Perjalanan saya menuju ke puncak ni tidaklah semudah yang disangka. Saya pernah merasa betapa sakitnya terjatuh. Saya juga pernah rasa betapa payahnya nak bangun selepas terjatuh. Kegagalan dalam STPM benar-benar telah mematahkan semangat juang saya suatu ketika dulu sehingga saya fikir saya takkan mampu berdiri lagi.

Hati mana yang tak terusik bila dengar cakap-cakap orang. Orang kata, rugi saya masuk tingkatan enam. Kalau lepas SPM terus buat diploma, mesti sekarang ni dah nak habis ijazah. Ramai yang lupa. Rezeki, jodoh dan pertemuan seorang manusia tu kuasa Allah. Siapalah kita ni nak mempertikaikannya?


Bila dikenang-kenang semula, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kegagalan ni. Mak saya pernah ditempatkan di wad ICU gara-gara komplikasi pembedahan masa saya di tingkatan enam. Kritikal sangat. Masa tu, fikiran jadi tak menentu. Pelajaran pun terganggu. Ini tak bermaksud saya menyalahkan takdir. Mungkin saya yang tak cukup kuat. Mujur masa tu saya masih di bangku sekolah. Kalau tengah buat diploma mesti lagi pening fikir nak siapkan assignment, nak fikir pasal presentation, pasal kuiz, final exam. Saya yakin, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.


Lepas habis STPM, saya banyak habiskan masa dengan budak-budak. Kebetulan masa tu barulah saya dikelilingi sepupu-sepupu yang comel-comel. Baru timbul minat nak sambung belajar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya google sendiri IPTS yang menawarkan bidang ni sehingga saya jumpa IIC.


Baru saya sedar, cita-cita saya dulu terlalu tinggi sehingga saya tak mampu menggapainya. Saya gagal sebab tak kenal diri sendiri.


Saya mulakan langkah baru sehingga saya berjaya capai cita-cita saya. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua pendidik-pendidik saya, tak kiralah apa pangkatnya. Segala ilmu yang dicurahkan, semoga diberkati Allah. Ameen.

Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak support saya dari segi kewangan, sokongan dan dorongan yang tak putus-putus, doa untuk saya. Yanpa mereka, siapalah saya?

Opah-opahku yang sangat comel, terima kasih atas perhatian, sokongan dorongan untuk cucu yang kenit ni ;)

Special dedication untuk kakak kembar saya yang banyak tolong saya selama ni. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu sangat tolong Kak De. Sayang Kak Yang tau!

Buat Mak Yang, Achik, Cikza, Alieya dan Irfan... Terima kasih banyak-banyak sebab izinkan saya menumpang kasih kat sini. Terima kasih banyak-banyak atas segala-galanya :)

Tak lupa juga buat adik-beradik yang lain, sepupu-sepupu saya, ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara yang lain serta semua yang turut menjayakan proses pembikinan diploma saya. Terima kasih banyak-banyak!



No comments:

Post a Comment

♥ TWEET TWEET