Cikgu Comel Ke Sekolah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya tertunai sudah janji-janji manis saya untuk tulis pengalaman semasa latihan praktikum di prasekolah yang terchenta. Inilah pengalaman pertama saya bergelar guru sebenarnya. Berdebar-debar ada, teruja pun ada. Bercampur baur. Pengalaman saya ni taklah banyak sangat, sebab dua bulan je LI. Kebetulan awal tahun 2012 ni banyak sangat cuti umum. Cuti sakanlah, kan? Hehe. 

Hari pertama, saya datang awal sangat. Pukul 7.00 pagi dah sampai. Semangat nak catat rekod punch card tak pernah merah! Masa balik pulak kantoi, sebab tak tahu masa balik untuk semua cikgu pukul berapa. Ingatkan dah boleh balik pukul 1.00 petang. Rupanya lepas 1.35 petang baru boleh punch card. Sesedap rasa ikut firasat sendiri, kan? Lepas tu, timbul lagi satu isu gara-gara tak reti nak guna mesin punch card. Haru-biru hari pertama saya tu. Itu cerita pasal punch card. 

Kalau dengan budak-budak, saya agak kekok jugaklah. Mula-mula tak pandai tinggikan suara. Suara tu pulak dah la halus sangat, susah nak dengar. Saya jugak terlalu berlembut sangat dengan diorang. Setiap kali cakap, mesti ada perkataan "Ya" kat belakang. Rasa macam nak tampar-tampar mulut ni pun ada, heeee :D  Nak bagi name tag pun, boleh pergi kat tempat duduk budak-budak. Patut boleh panggil sorang-sorang ke depan je. Apalah saya ni, kan? Tapi takpelah, belajar dari kesilapan :)

Hari-hari seterusnya, bertambah baik. Lama-lama saya dah biasa dengan kerjaya sebagai seorang guru. Seronok, hari-hari jumpa budak-budak. Anak didik saya ada 25 orang semuanya. Ada yang jenis manja, suka peluk-peluk saya. Ada yang jenis suka sembang. Seronok jugak melayan diorang lepas habis kelas.  Seronok tiap-tiap hari cuba bentuk akhlak budak-budak tu. Nak jadikan diorang insan yang soleh dan solehah. Nak jadikan diorang bijak dalam ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Yang seronoknya, sebelum mula kelas kami baca Al-Fatihah, baca  ayat bismillahillazi.............., bertasbih, bertahmid, bertahlil & baca doa sebelum belajar. Seronok bila mulakan hari dengan pengisian rohani ni. Rasa tenang dan bersemangat nak mulakan hari tau.


Pada minggu terakhir, lecturer datang observe. Pening jugak nak fikir apa nak diajar. Bila difikir-fikir, bercerita paling budak-budak suka. Saya cerita pasal Goldilocks and The Three Bears. Alhamdulillah, budak-budak seronok sangat, boleh bagi kerjasama dengan baik. Mereka gelak tak hengat, padahal saya rasa saya tak buat lawak pun, hehe. Cuma kesilapan saya hari tu, saya tulis simbol "&". Sepatutnya ditulis "and". Lagi satu, saya boleh tukar tajuk dan nama watak ke dalam BM sebab saya cerita dalam BM. Komen supervisor saya, suara tak cukup kuat. Masa tu saya struggle jugaklah sebab tengah tak sihat gara-gara selesema. Tapi saya dah cuba yang terbaik. Terpulang pada supervisor nak bagi gred apa :) Kesal jugak terlupa nak beli hadiah untuk supervisor. Belanja air & kuih je. Alahai. Sorry ye sir :'(

Goldilocks and The Three Bears


Pendek kata, pengalaman pertama mengajar saya tu adalah satu kenangan yang amat berharga. Saya amat berterima kasih kepada guru pembimbing saya yang banyak bagi guide kat saya. Terima kasih buat lecturer saya. Terima kasih jugak buat keluarga saya yang banyak membantu saya sepanjang LI. Paling saya tak boleh lupakan, keluarga bapa saudara yang amat baik hati izinkan saya menginap di sini. Saya percaya semua yang baik yang saya dapat datang dari Allah. Alhamdulillah.

Memandangkan permohonan saya ke UM sedang dipertimbangkan, rasa bersemangat pulak nak buat tips untuk LI. Kalau dapat, insya-Allah kena buat LI kali kedua. Senang sikit kalau dah ada panduan :) 

Tips Persediaan sebelum memulakan latihan praktikum:

1. Pastikan dokumen penting lengkap.
Sediakan segala dokumen yang diperlukan sepanjang latihan praktikum. Ini termasuklah surat kebenaran mengajar, surat lapor diri, buku log, panduan latihan praktikum dan sebagainya. 

2. Sediakan bahan bantu mengajar.
Sebaik-baiknya kalau ada masa lapang, gunakan masa untuk buat bahan bantu mengajar supaya tak kelam kabut nanti. Serius, masa dah mula latihan praktikum nanti memang tak menang tangan. Nak tulis buku log lagi, nak tulis rancangan pengajaran harian lagi. Itu belum masuk nak tulis tesis lagi. Banyak kerja, ok. Makanya, sediakan payung sebelum hujan. Kalau tak tahu nak buat macam mana, boleh godek-godek internet. Pastikan bahan bantu mengajar tu ikut silibus yang sesuai.  

3. Sediakan fail berkulit keras.
Jangan lupa beli fail berkulit keras untuk letakkan rancangan pengajaran harian dan bahan bantu mengajar. Guru prasekolah tak dapat buku rancangan perancangan harian yang macam guru aliran perdana. Jadi, fail berkulit keras ni amat membantu. Insya-Allah.

4. Sediakan pendinding diri.
Bila bersama dengan kanak-kanak, kita lebih berisiko  untuk dapat selesema. Murid-murid kena selesema, cikgu pun berjangkit sekali. Saya dah dua kali dapat selesema. Masa tu banyak cuti umum. Jadi, cuti lama sikit. Bila cuti, baiklah selesema. Buka sekolah, dapat selesema balik. Sebab tu kena makan Vitamin C setiap hari. Insya-Allah, kebal sistem imunisasi badan tu.

5. Cipta aura seorang guru dalam diri.
Bersiap sedia untuk jadi seorang cikgu yang terbaeeeek! Rajin-rajinlah hafal lagu kanak-kanak, reka cerita-cerita menarik dan . Buat satu peraturan khas untuk mengawal kelakuan murid-murid secara kreatif. Jadi, tak perlulah guna kekerasan dalam mendidik. Murid-murid seronok datang sekolah, kita pun happy :)

18 Mei 2012,
-Cikgu Comel-

No comments:

Post a Comment

♥ TWEET TWEET